Kategori: Uncategorized

  • 54 wartawan terbunuh pada 2024, satu pertiga oleh Israel: kumpulan media

    PARIS – Lima puluh empat wartawan terbunuh di seluruh dunia ketika menjalankan kerja mereka atau kerana profesion mereka pada 2024, satu pertiga daripada mereka oleh tentera Israel, menurut laporan tahunan Reporters Without Borders (RSF) yang diterbitkan Khamis.

    Menurut NGO kebebasan akhbar itu, angkatan tentera Israel bertanggungjawab atas kematian 18 wartawan tahun ini — 16 di Gaza dan dua di Lubnan.

    “Palestin adalah negara paling berbahaya bagi wartawan, merekodkan angka kematian yang lebih tinggi berbanding negara lain sejak lima tahun lalu,” kata RSF dalam laporan tahunannya, yang meliputi data sehingga 1 Disember.

    Organisasi itu telah memfailkan empat aduan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk “jenayah perang yang dilakukan terhadap wartawan oleh tentera Israel.”

    Ia berkata bahawa secara keseluruhan “lebih daripada 145” wartawan telah dibunuh oleh tentera Israel di Gaza sejak permulaan perang di sana pada Oktober 2023, dengan 35 daripada mereka bekerja pada masa kematian mereka, kata RSF.

    Ia menggambarkan jumlah pembunuhan sebagai “pertumpahan darah yang belum pernah terjadi sebelumnya.”

    Dalam laporan berasingan diterbitkan Selasa, Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) melaporkan bahawa 104 wartawan terbunuh di seluruh dunia pada 2024, dengan lebih separuh daripada mereka di Gaza.

    Angka-angka berbeza antara IFJ dan RSF disebabkan oleh dua metodologi berbeza yang digunakan dalam pengiraan angka.

    RSF hanya memasukkan wartawan yang kematiannya telah “terbukti terkait secara langsung dengan aktiviti profesional mereka.”

    Israel menafikan ia sengaja mencederakan wartawan tetapi mengakui ada yang terbunuh dalam serangan udara ke atas sasaran tentera.

    “Kami tidak menerima angka ini. Kami tidak percaya mereka betul,” kata jurucakap kerajaan Israel David Mercer pada sidang media Rabu.

    Selepas Gaza, tempat paling maut bagi wartawan pada 2024 ialah Pakistan dengan tujuh kematian, diikuti Bangladesh dan Mexico dengan lima kematian.

    Pada 2023, jumlah wartawan yang terbunuh di seluruh dunia berjumlah 45 orang dalam tempoh Januari-Disember yang sama.

    Sehingga 1 Disember, terdapat 550 wartawan dipenjarakan di seluruh dunia, berbanding 513 tahun lalu, menurut angka RSF.

    Tiga negara yang mempunyai jumlah wartawan tertinggi yang ditahan ialah China (124, termasuk 11 di Hong Kong), Myanmar (61), dan Israel (41).

    Tambahan pula, 55 wartawan kini menjadi tebusan, termasuk dua diculik pada 2024.

    Hampir separuh — 25 semuanya — berada di tangan kumpulan Daesh.

    Selain itu, 95 wartawan dilaporkan hilang, termasuk empat kes baharu dilaporkan pada 2024.

    AN-AFP

  • 13 killed, 18 injured as landslides, flash floods hit Indonesia’s North Sumatra province

    JAKARTA — Landslides and flash floods that hit two regencies in Indonesia’s North Sumatra province on Saturday night have claimed 13 lives with 18 others injured, said an official from the provincial disaster management and mitigation agency on Sunday.

    According to Sri Wahyuni Pancasilawati, head of the emergency, equipment, and logistics unit of the agency, the landslides and flash floods struck on Saturday night in Deli Serdang and Karo regencies. In Deli Serdang, six people were killed, and nine others sustained injuries after strong currents swept away four houses and a religious building.

    In Karo regency, a similar disaster left seven people dead and nine injured. The injured were taken to nearby hospitals and health clinics for treatment, she told Xinhua.

    On early Saturday morning, landslides and flash floods had also stricken Padang Lawas and South Tapanuli regencies in the province, leaving six dead and seven injured.

    The Indonesian Meteorology and Geophysics Agency had issued warnings of extreme weather, forecasting above-normal rainfall intensity in the region.

    Efforts are underway to assist affected communities and mitigate further risks as authorities continue to monitor the situation closely.

    XINHUA

  • Taubat pembuka pintu segala kebaikan

    Foto hiasan – Getty Images

    Hadis daripada Anas, dia berkata Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Setiap anak cucu Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang melakukan kesalahan adalah orang bertaubat.” (Sunan ad-Darimi)

    Manusia yakni kita (yang jarang kita lihat dan beri tanda aras) tidak terkecuali daripada salah dan silap, sama ada secara sembunyi ataupun terang-terang. Namun, sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat.

    Pembuka kebaikan

    Taubat pembuka kepada segala kebaikan. Ia sebab kepada keselamatan, kejayaan dan kebahagiaan, bukan sahaja kepada dirinya bahkan setiap Mukmin.

    Allah berfirman dalam surah at-Tahrim, ayat 8 bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai…”

    Bilakah waktunya?

    Dalam Tanbihul Ghafilin ada dijelaskan: “Seharusnya setiap manusia bertaubat pada setiap waktu, sehingga apabila tiba maut, dia sudah taubat.”

    Malahan diterangkan juga, setiap orang yang sempurna akal harus bertaubat pada setiap waktu supaya tidak tergolong pada orang yang merajalela (berbuat sekehendak hati) dalam derhaka.

    “Sebab seorang yang selalu bertaubat tidak dianggap bergelumang dalam berbuat dosa meskipun dia mengulang dosa itu sehari sampai tujuh puluh kali.”

    Hakikatnya waktu tidak pernah menunggu dan memang sifatnya begitu. Kita juga tidak diberikan pengetahuan, bilakah ‘detik waktu itu’ tiba. Justeru, mengapa tidak kita rebut peluang ketika masih ada?

    Abu Bakar al-Wasithi dipetik berkata: Sabar tidak gopoh-gapah (tidak cepat bertindak) dalam segala perbuatan itu baik melainkan dalam tiga perkara:

    1. Ketika tiba waktu solat, maka harus segera dilakukan.

    2. Ketika kematian, harus segera diselesaikan dan dikuburkan secepat mungkin.

    3. Ketika akan taubat dari dosa, maka jangan ditunda.

    Firman-Nya pada surah Ali-Imran, ayat 135 dan 136 bermaksud: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang telah mereka lakukan itu sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”

    “Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.”

    Jangan ulangi

    Sayidina Ali bin Abi Talib RA diberitahu oleh orang: “Saya telah berbuat dosa.”

    Ali berkata: “Taubatlah kepada Allah, kemudian jangan engkau ulangi.”

    Orang itu berkata: “Saya telah taubat tetapi saya ulangi lagi.”

    Ali berkata: “Taubatlah kepada Allah, kemudian jangan engkau ulangi lagi.”

    Orang itu bertanya: “Sampai bilakah?”

    Jawab Ali: “Sehingga syaitan yang kecewa dan menyesal.” (Dipetik daripada Tanbihul Ghafilin)

    Terus berharap

    Abu Laits dipetik sebagai berkata: “Seorang hamba apabila taubat, maka Allah menerima taubatnya dan mengampuninya, kerana itu seharusnya manusia tidak putus harapan daripada rahmat Allah.”

    Firman-Nya dalam surah Yusuf, ayat 87 bermaksud: “Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir.”

    Ayat 25, surah asy-Syura bermaksud: “Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.”

  • Ambil pengajaran daripada kematian, segera kepada kebaikan, tinggal kejahatan

    Sayidina Ali RA dipetik berkata: Sesungguhnya antara nikmat dunia, cukuplah bagimu Islam sebagai suatu nikmat, antara kesibukan cukuplah bagimu ketaatan sebagai suatu kesibukan dan antara pengajaran cukuplah bagimu kematian sebagai suatu pengajaran.

    Berapa ramai manusia yang mengambil pengajaran dengan kematian, sedangkan setiap hari bahkan setiap detik ada yang menemui ajal.

    Firman Allah pada surah Ali Imran, ayat 185 yang diberikan maksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati…”

    Ayat 26, surah ar-Rahman diberikan maksud: “Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa.”

    Manusia, sama ada banyak wang dan hartanya, disebut-sebut orang terkaya dunia, licik sehingga kekal berkuasa dan lama menguasai empayarnya, dinobatkan sebagai tercantik dan tampan, berpengaruh dan jawatan tinggi sehingga setiap patah keluar mulutnya didengari dan dipatuhi orang sekelilingnya, semua akan bertemu dengan mati.

    Dan mati tidak melihat kepada harta, pangkat dan kuasa. Berapa ramai mereka sudah direnggut oleh mati walaupun hartanya berlimpah-limpah, kuasanya hebat dan pangkatnya besar. Firaun mati, Qarun mati dan ramai lagilah jika hendak disebut.

    Zaman sekarang, nama yang selalu disebut oleh media semasa, Benjamin Netanyahu — sangat galak ‘menari’ di Asia Barat, mati juga. Mahu bersembunyi di kubu bawah tanah, mati turut mengikutinya. Sudah tahu begitu, kenapa masih bersikap seperti orang tidak tahu?

    “Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu lakukan (serta membalasnya).” (Maksud yang diberi bagi ayat 8, surah al-Jumuah)

    “Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh…” (Lihat surah an-Nisa, ayat 78)

    Justeru apa yang harus dilakukan?

    Kata Abu Laits: Sesiapa yang yakin akan mati maka seharusnya bersiap sedia menghadapinya dengan melakukan amalan soleh dan meninggalkan perbuatan jahat sebab dia tidak mengetahui bilakah datangnya mati itu kepadanya.

    Dan apabila sudah mati, maka tiada apa-apa lagi. Tiada apa yang boleh dikatakan — terputus semuanya. Noktah! Betul tak betul? Ambil contoh kuasa elektrik mati, maka kita bergelap, operasi jentera menggunakan tenaga elektrik terhenti — tak boleh buat apa-apa, kan!

    Kematian manusia juga akan terhenti segalanya. Macam mana tu, cuba fikir. Penulis sendiri apabila memikirkan mati, terdiam sejenak, sayu jiwa dan berasa hendak menitis air mata. Anda bagaimana?

    Kita pergi ke sana (alam kematian) bukan bersama harta, walaupun harta kita banyak, trilion katakanlah…oh hebat, kita menjadi titik fokus dunia…tetapi kita tetap tinggalkan juga harta itu, bahkan harta itu pula boleh mencetuskan peristiwa seterusnya, saman-menyaman, pertelingkahan – contoh, tak tuju kepada sesiapa secara khusus.

    Diriwayatkan oleh Anas RA daripada Rasulullah SAW yang bersabda (mafhumnya): Ada tiga hal yang mengikuti seseorang ketika meninggal dunia iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka, kembali dua hal dan tinggal satu. Keluarga dan hartanya kembali dan yang tinggal adalah amalannya. (Sahih Bukhari dan Muslim)

    Kata Sayidina Abu Bakar as-Siddiq RA sebagaimana dipetik: Sesiapa masuk ke kubur tanpa membawa bekalan, maka seolah-olah dia mengharungi lautan tanpa bahtera.”

    Justeru marilah bersegera membuat kebaikan. Banyak perkara baik boleh dilakukan, seperti mengucapkan salam sejahtera apabila bertemu, memuji kebaikan antara satu sama lain ataupun sekadar bermanis muka dan mengukir senyuman, cuma jangan pula senyum sendirian.

    Rajin-rajinlah melakukan amalan ketaatan, jauhi kejahatan dan elak sebarang bentuk penganiayaan kepada sesama manusia. Semua kita adalah sama iaitu sama-sama jenis manusia, sama-sama berpijak di bumi sama, bernaung di bawah langit yang sama, beza warna kulit kerana beza iklim dan beza bahasa kerana beza komuniti pergaulan.

  • Mengambil pelajaran daripada bait hikmah, meneladani sikap terpuji Sufyan ats-Tsauri

    Kufah – Foto Depositphotos

    Dilaporkan Sufyan ats-Tsauri ditanya mengenai apa dan bagaimana bersikap ramah terhadap Allah.

    Dia menjawab: “Bahawa anda tidak harus ramah terhadap setiap wajah yang ceria, terhadap setiap suara yang manis dan terhadap ucapan yang indah.”

    Maksudnya orang bersikap ramah terhadap Allah tidak mudah terpedaya dengan segala wajah makhluk yang indah, sebarang suara atau janji manis daripada makhluk, juga tidak terpedaya dengan segala macam ucapan petah daripada manusia.

    Di sebalik semua itu, seorang yang ingin bersikap ramah terhadap Allah hanya akan menanggapi dengan sewajarnya dan yang paling penting selalu berpegang kepada janji Allah.

    Dikatakan, tokoh sufi terkenal ini kesolehan dirinya tampak sejak dia berada di dalam kandungan ibunya.

    Suatu hari ibunya berada di tingkat atas rumahnya. Ibunya mengambil beberapa asinan (sejenis ikan masin yang dikeringkan) yang dijemur jiran tetangganya dan memakannya.

    Tiba-tiba janinnya (Sufyan yang masih berada dalam kandungan ibunya) itu menendang kuat sehingga ibu menyangka keguguran.

    Menurut satu sumber tulisan, nama lengkapnya ialah Abu Abdullah Sufyan bin Said ats-Tsauri, lahir di Kufah pada 97 Hijrah bersamaan 715 Masihi.

    Pada mulanya, dia belajar pada ayahnya sendiri, kemudian belajar daripada orang alim di masa itu, sehingga dia mendapat kemahiran tinggi di bidang hadis dan ilmu tauhid (teologi).

    Mengikut satu jalan cerita, dia pernah membangkang pejabat pemerintahan sehingga terpaksa menyembunyikan diri di kota Makkah.

    Dia menjalani hidup sufi dan zuhud yang kuat sehingga ahli sufi memanggilnya sebagai seorang manusia suci. Dia meninggal dunia pada 167 Hijrah bersamaan 778 Masihi di bandar Basrah.

    Dikisahkan juga bahawa penguasa atau khalifah pada masa itu ketika solat di hadapan Sufyan memutar-mutar kumisnya. Sebaik sahaja selesai solat, Sufyan berkata kepada khalifah: “Anda tidak patut melakukan solat seperti itu. Di padang Mahsyar nanti solat anda akan dilemparkan ke muka anda seperti sehelai kain lap (kain sapu) yang kotor.”

    “Berkatalah yang sopan dan beradab,” tegur khalifah.

    “Jika saya enggan melakukan tanggungjawab saya ini…,” jawab Sufyan dengan tenang, “semoga kencing saya berubah menjadi darah”.

    Mendengar kata-kata Sufyan itu, khalifah menjadi sangat marah. Lalu, diperintahkan agar dia dipenjarakan dan dihukum gantung. “Agar tidak ada orang lain yang seberani itu lagi terhadapku,” perintah khalifah.

    Bagaimanapun, akhir cerita itu, khalifah menjadi sedar diri terhadap kesilapannya dan memberikan penghormatan tinggi kepada golongan ulama khasnya kepada tokoh sufi.

    Sufyan juga adalah seorang yang mempunyai sifat penyayang sangat tinggi kepada sesama makhluk Allah.

    Diceritakan, pada suatu hari, ketika berada di pasar, Sufyan lihat seekor burung di dalam sangkar. Burung itu mengepakkan sayapnya dan mencicit-cicit dengan sedihnya. Sufyan membeli burung itu dan melepaskannya.

    Setiap malam burung itu datang ke rumah Sufyan, menunggu Sufyan apabila dia sedang solat dan sesekali hinggap di tubuhnya.

    Ketika Sufyan meninggal dunia dan jenazahnya diusung ke pemakaman, burung itu ikut menghantarnya dan seperti penghantar lain, ia pun mencicit-cicit sedih. Ketika jenazah Sufyan diturunkan ke dalam tanah, burung itu menyerbu masuk ke dalam kubur. Kemudian terdengar suara dari dalam kubur seperti berikut (maksudnya): “Allah Yang Maha Besar telah memberi ampunan kepada Sufyan, kerana menunjukkan belas kasih kepada makhluk-makhluk-Nya.”

    Burung yang dikasihi Sufyan itu pun mati menyertai kematiannya.

    Iktibar yang dapat dipetik daripada pengajaran kehidupan manusia sufi ini ialah keberanian menyampaikan sesuatu yang benar walaupun menghadapi risiko berat.

    Perasaan kasih sayang tidak seharusnya kepada sesama manusia sahaja. Bahkan sifat mulia itu semestinya juga terhadap seluruh makhluk sama ada yang bernyawa atau tidak. Sikap belas kasihan Sufyan terhadap haiwan iaitu seekor burung itu wajar diteladani. Dari sinilah manusia akan dapat membudayakan hidup penyayang kepada sekalian alam.

You cannot copy content of this page