Kategori: BERITA

  • 4 penguat kuasa NS ditahan, disyaki terima rasuah RM1,000

    SEREMBAN — Empat penguat kuasa agensi kerajaan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, petang semalam, selepas disyaki meminta dan menerima rasuah RM1,000 daripada seorang individu.

    Menurut sumber, keempat-empat suspek lelaki berusia antara 20an hingga 40-an itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan (NS), di sini kira-kira jam 5 hingga 6 petang.

    Mereka disyaki melakukan perbuatan itu sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang-undang bagi kesalahan cukai jalan.

    “Siasatan awal mendapati semua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada 12 November lalu di Lebuh Raya Utara- Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, di sini.

    “Salah seorang suspek disyaki menerima wang rasuah melalui transaksi pindahan ke akaun bank milik seorang individu lain (pihak ketiga) berjumlah RM1,000.

    “Ia sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang bagi kesalahan cukai jalan dan permit PUSPAKOM yang sudah tamat tempoh,” katanya.

    Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah pagi tadi membenarkan permohonan SPRM menahan reman semua penguat kuasa terbabit selama empat hari sehingga Ahad ini.

    Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

    Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

    Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah pagi tadi membenarkan permohonan SPRM menahan reman semua penguat kuasa terbabit selama empat hari sehingga Ahad ini.

    Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

    Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

    BH ONLINE

  • Tukang rumah individu pertama disebat dikhalayak ramai kerana khalwat berulang

    KUALA TERENGGANU — Seorang tukang rumah menjadi individu pertama di Terengganu dikenakan enam hukuman sebatan di khalayak ramai di sebuah masjid seperti ditetapkan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu kerana kesalahan khalwat berulang, hari ini.

    Hukuman itu diputuskan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail selepas tertuduh, Mohd Affendi Awang, 42, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat.

    Kamalruazmi menjatuhkan hukuman enam sebatan, denda RM4,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan terhadap tertuduh.

    Kamalruazmi turut memerintahkan hukuman sebatan dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah Kuala Terengganu pada 6 Disember depan selepas solat Jumaat sebaik tamat tempoh rayuan.

    Terdahulu, Kamalruazmi dalam penghakiman berkata, dalam menjatuhkan apa-apa hukuman, matlamat utama dalam syariat adalah memberi pengajaran, pendidikan dan sebagainya suatu pencegahan supaya perkara yang sama tidak berulang khususnya ke atas tertuduh dan juga sebagai peringatan pencegahan ke atas orang awam secara amnya.

    “Seorang mukmin itu tidak jatuh dalam lubang yang sama sebanyak dua kali. Kamu (Mohd Affendi) pernah disebat dan dipenjara tetapi buat lagi (berkhalwat).

    “Hukuman kali pertama (sebatan kerana khalwat) sepatutnya sudah memberi keinsafan,” katanya.

    Hukuman sebat dikenakan ke atas tertuduh memandangkan ia adalah kesalahan ketiga tertuduh.

    Sebelum ini, tertuduh pernah didenda RM2,700 atau tiga bulan penjara selepas mengaku salah bagi pertuduhan khalwat pada 11 Julai 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kemaman.

    Bapa kepada lima anak itu sekali lagi melakukan kesalahan sama pada 25 Januari lalu sebelum Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada 19 Februari lalu menjatuhkan hukuman empat sebatan, denda RM3,000 atau enam bulan penjara sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.

    Untuk rekod, tertuduh sebelum ini menjadi pesalah khalwat pertama di Terengganu dikenakan empat sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu kerana melakukan kesalahan khalwat berulang.

    Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) ( Terengganu) Pindaan 2022, kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khalwat bersama seorang wanita yang berusia 52 tahun di sebuah rumah di Kemaman pada jam 1.40 pagi pada 16 Jun lalu.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    BH ONLINE

  • Lelaki jatuh ke Sungai Perak ditemukan lemas

    TELUK INTAN — Lelaki yang dilapor terjatuh ke Sungai Perak dekat Jambatan Sultan Yusuf, Batu 5, dekat sini semalam ditemukan lemas hari ini.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus, berkata mangsa, Ng Weng Lum, 48, ditemukan di kawasan Jeti Tapak Semenang, di sini jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 4.5 kilometer (km) dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

    Mengulas lanjut, katanya pihaknya menerima maklumat awal dari polis jam 7.15 pagi semalam sebelum pasukan penyelamat melakukan pencarian di permukaan menggunakan tiga bot.

    “Dua pasukan digerakkan membabitkan radius pencarian lima kilometer (km) masing-masing menghala Bagan Datuk dan Teluk Intan,” katanya sebelum operasi ditangguhkan jam 6.15 petang semalam.

    Tambahnya, hari ini radius pencarian diluaskan kepada 12 km, sebelum pihaknya menerima maklumat mayat mangsa ditemukan nelayan di Tapak Semenang.

    Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

    BH ONLINE

  • 2 selamat, seorang hilang bot terbalik di Sungai Batang Rajang

    KAPIT — Seorang lelaki dikhuatiri lemas dibawa arus deras, manakala dua lagi berjaya diselamatkan penduduk kampung dalam kejadian bot karam di Nanga Makoh Sungai Batang Rajang di sini petang semalam.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, kejadian berlaku jam 5 petang ketika bot fiber dinaiki tiga mangsa bergerak dari arah Nanga Benin menuju Pekan Kapit, sebelum karam akibat terlanggar batu di tengah sungai.

    Sehubungan itu, katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit memulakan usaha pencarian dan menyelamat (SAR) seorang mangsa yang masih hilang hari ini.

    “Usaha SAR hari ini bermula jam 8 pagi menyasarkan pencarian secara permukaan pada radius pencarian dua kilometer dari lokasi bot berkenaan karam,” jelasnya.

    BH ONLINE

  • 2 selamat, seorang hilang bot terbalik di Sungai Batang Rajang

    KAPIT — Seorang lelaki dikhuatiri lemas dibawa arus deras, manakala dua lagi berjaya diselamatkan penduduk kampung dalam kejadian bot karam di Nanga Makoh Sungai Batang Rajang di sini petang semalam.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, kejadian berlaku jam 5 petang ketika bot fiber dinaiki tiga mangsa bergerak dari arah Nanga Benin menuju Pekan Kapit, sebelum karam akibat terlanggar batu di tengah sungai.

    Sehubungan itu, katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit memulakan usaha pencarian dan menyelamat (SAR) seorang mangsa yang masih hilang hari ini.

    “Usaha SAR hari ini bermula jam 8 pagi menyasarkan pencarian secara permukaan pada radius pencarian dua kilometer dari lokasi bot berkenaan karam,” jelasnya.

    BH ONLINE

  • Pasangan Filipina ditahan beli MyKad palsu RM250 sekeping

    KUALA LUMPUR — Pasangan suami isteri warga Filipina ditahan dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Pandan Indah, di sini semalam kerana disyaki memiliki kad pengenalan palsu.

    Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata, serbuan dijalankan susulan risikan selama dua minggu ke atas pasangan itu.

    Katanya, pasangan itu dipercayai membeli MyKad palsu berkenaan dengan harga RM250 sekeping daripada seorang ejen sindiket di ibu negara dua tahun lalu.

    “Kedua-dua individu ini berasal dari Basilan, Filipina yang mana isteri berumur 40 tahun manakala suaminya 53 tahun.

    “Kedua-dua suspek mengaku bekerja sebagai pengawal keselamatan dan menggunakan MyKad palsu berkenaan untuk mendapatkan kerja serta untuk bergerak bebas,” katanya.

    Bahagian Penguatkuasa JPN berkata siasatan mendapati kedua-dua suspek yang fasih berbahasa Melayu itu mempunyai seorang anak di Filipina dan dipercayai masuk ke Malaysia secara haram.

    Katanya, mereka dihadapkan ke mahkamah, di sini hari ini atas kesalahan mengikut Peraturan 25 (1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

    “Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-dua sekali.

    “Tindakan diambil bagi memastikan setiap pesalah yang melakukan kesalahan mendapat hukuman, setimpal mengikut peruntukan undang-undang negara,” katanya.

    BH ONLINE

  • Dua sungai di Kelantan catat bacaan lebihi paras waspada

    KOTA BHARU — Dua sungai di Kelantan iaitu Sungai Semerak, Pasir Puteh dan Sungai Pergau, Kampung Lawar, Jeli mencatat bacaan melebihi paras waspada.

    Menurut laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my, paras air di Sungai Semerak menunjukkan bacaan melebihi tahap waspada iaitu 2.08 meter (m) manakala Sungai pergau pula 101.01 m setakat jam 7.45 pagi tadi.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal @ Jainal Madasin, berkata peningkatan pasar air itu berlaku susulan taburan hujan yang tinggi di daerah berkenaan.

    Katanya, keadaan setakat ini masih terkawal dan pihaknya belum menerima sebarang laporan banjir.

    “Pegawai dan anggota yang bertugas di kawasan terbabit banjir sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga terutama apabila cuaca semasa sekarang ini yang mulai mendung serta hujan lebih kerap.

    “Tumpuan juga diberikan dibeberapa kawasan `hotspot’ banjir terutama di daerah Pasir Mas, Kuala Krai dan Tanah Merah yang biasanya dilanda banjir dengan cepat.

    “Selain persediaan anggota, JBPM Kelantan turut bersedia dengan logistik seperti lori dan bot dengan menempatkannya di lokasi-lokasi terdedah banjir bagi memudahkan proses membantu dan menyelamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Zainal meminta orang ramai terutama yang tinggal di kawasan rendah untuk sentiasa peka dengan paras air sungai dan segera mengambil langkah berpindah jika perlu.

    Katanya, selain membuat rondaan berkala pihaknya juga merujuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk informasi paras air sungai serta Jabatan Meteorologi bagi perkembangan cuaca semasa.

    BH ONLINE

  • Kremlin beri amaran kemungkinan tindak balas nuklear jika Kiev guna peluru berpandu buatan Barat

    MOSCOW — Doktrin nuklear Moscow yang disemak semula menggariskan kemungkinan tindak balas nuklear jika Kiev menggunakan peluru berpandu buatan Barat terhadap Rusia, kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Selasa.

    “Persekutuan Rusia berhak untuk menggunakan senjata nuklear sekiranya berlaku pencerobohan terhadapnya atau Republik Belarus, … dengan penggunaan senjata konvensional, dengan cara yang menimbulkan ancaman kritikal terhadap kedaulatan dan (atau) integriti wilayah mereka,” kata Peskov.

    Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani dekri yang meluluskan doktrin nuklear Rusia yang dikemas kini pada Selasa.

    Jurucakap itu selanjutnya berkata Rusia akan melihat penggunaan peluru berpandu bukan nuklear Barat oleh Ukraine sebagai serangan oleh negara bukan nuklear dengan sokongan negara nuklear terhadap negara itu, berpotensi mewajarkan penggunaan senjata nuklear oleh Moscow.

    Peskov berkata doktrin itu menggariskan bahawa “pencerobohan terhadap Rusia oleh mana-mana negara bukan nuklear dengan penyertaan atau sokongan negara nuklear” akan dianggap sebagai serangan bersama.

    XINHUA

  • Serangan udara AS membunuh 5 militia di Syria: pemantau

    DAMSYIK — Serangan udara AS membunuh lima anggota militia disokong Iran dan mencederakan beberapa yang lain di timur Syria pada Selasa, menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

    Kumpulan pemantau yang berpangkalan di Britain itu melaporkan pesawat perang AS menyasarkan perhimpunan tentera di padang pasir Al-Quriyah di wilayah Deir ez-Zor. Ia berkata serangan itu berlaku selepas roket yang dipercayai dilepaskan oleh militia pro-Iran mendarat dekat pangkalan AS di kawasan luar bandar wilayah al-Hasakah di timur laut Syria.

    Sementara itu, letupan berselang-seli yang tidak diketahui asalnya kedengaran di pangkalan tentera AS di dalam pangkalan medan minyak al-Omar di Deir ez-Zor, kata pemerhati itu.

    Jet pejuang AS dilihat terbang melintasi beberapa kampung, sampai ke bandar Mayadeen di kawasan luar bandar Deir ez-Zor dekat sempadan Iraq, menurut pemerhati.

    Tiada laporan segera mengenai kematian tambahan.

    Rantau itu telah menyaksikan peningkatan ketegangan antara tentera AS dan kumpulan disokong Iran, yang mempunyai kehadiran ketara di timur Syria.

    XINHUA

  • 2 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel di Tebing Barat Utara

    RAMALLAH — Dua rakyat Palestin maut akibat tembakan tentera Israel di kawasan kejiranan timur bandar Jenin di utara Tebing Barat pada Selasa, menurut sumber perubatan Palestin.

    Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata dalam satu kenyataan, pasukannya telah mengambil dua mayat dari sebuah rumah di kawasan kejiranan itu.

    Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan dua mangsa tidak dikenali dibawa ke Hospital Kerajaan Jenin selepas ditembak tentera Israel di kawasan kejiranan timur. Tiada butiran lanjut diberikan mengenai kejadian itu.

    Tentera Israel masih belum mengulas mengenai kejadian ini. Israel biasanya menyifatkan serbuan di Tebing Barat sebagai “operasi menentang keganasan” yang menyasarkan “pengganas” dikaitkan dengan kumpulan bersenjata Palestin.

    Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada lima orang semasa serbuan Israel di Jenin sejak pagi Selasa, dengan tiga rakyat Palestin terbunuh pada awal hari semasa pengepungan tentera Israel di sebuah rumah di bandar Qabatiya, selatan Jenin.

    Sejak tercetusnya konflik Hamas-Israel pada 7 Okt 2023, keganasan di Tebing Barat telah meningkat, mengakibatkan kematian lebih 780 rakyat Palestin akibat tembakan dan serangan udara Israel, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

    XINHUA

  • Netanyahu berkata Israel tawar ganjaran $5 juta bagi setiap tebusan Gaza yang dibebaskan

    JERUSALEM — Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata pada Selasa, Israel menawarkan ganjaran $5 juta kepada sesiapa yang membawa keluar tebusan yang ditahan di Gaza.

    “Sesiapa sahaja yang membawa keluar tebusan akan menemui dengan kami cara selamat untuk mereka dan keluarga mereka meninggalkan Gaza,” kata Netanyahu dalam video dirakamkan di dalam wilayah Palestin, menurut pejabatnya.

    “Kami juga akan memberi mereka ganjaran $5 juta untuk setiap tebusan.”

    Memakai topi keledar dan jaket kalis peluru, Netanyahu bercakap membelakangi Mediterranean di Koridor Netzarim, laluan bekalan tentera utama Israel yang mengukir Semenanjung Gaza menjadi dua sebelah selatan Kota Gaza.

    “Sesiapa yang berani melakukan kemudaratan kepada tebusan kami dianggap mati – kami akan mengejar kamu dan kami akan dapatkan kamu,” katanya.

    Diiringi oleh Menteri Pertahanan Israel Katz, Netanyahu menggariskan bahawa salah satu matlamat perang Israel kekal bahawa “Hamas tidak memerintah di Gaza.”

    “Kami juga sedang berusaha untuk mengesan tebusan dan membawa mereka pulang. Kami tidak akan berputus asa. Kami akan meneruskan sehingga kami menemui mereka semua, hidup atau mati.”

    Semasa serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 yang mencetuskan perang di Gaza, militan mengambil 251 tebusan. Daripada jumlah itu, 97 masih ditahan di Gaza, termasuk 34 yang telah disahkan meninggal dunia.

    AN-AFP

  • 4 pengaman Ghana cedera di Lubnan

    BEIRUT — Empat anggota pengaman Ghana yang bertugas mengalami kecederaan pada Selasa ketika roket melanda pangkalan mereka di timur kampung Ramyah di selatan Lubnan, menurut kenyataan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

    Roket itu “kemungkinan besar ditembak oleh aktor bukan negara di dalam Lubnan,” kata kenyataan itu, sambil menyatakan bahawa tiga daripada pasukan pengaman telah dipindahkan ke hospital untuk rawatan.

    Pada hari yang sama, pasukan pengaman dan kemudahan UNIFIL terjejas oleh dua lagi insiden berasingan. Satu melibatkan ibu pejabat UNIFIL Sektor Barat di Chamaa, di mana lima roket melanda bengkel penyelenggaraan, walaupun tiada pasukan pengaman yang cedera. Ini menandakan kali kedua dalam masa kurang seminggu pangkalan itu telah terjejas oleh pertempuran berterusan antara Israel dan Hizbullah. Pada 15 November, peluru hidup artileri 155mm telah melanda pangkalan itu.

    Dalam kejadian lain, seorang bersenjata melepaskan tembakan ke arah peronda UNIFIL yang melalui jalan di timur laut kampung Khirbet Selm. Tiada laporan kecederaan dalam kalangan pasukan pengaman.

    Misi PBB telah memaklumkan kepada Angkatan Bersenjata Lubnan tentang insiden tersebut dan melancarkan siasatan ke atas setiap kejadian.

    “UNIFIL sekali lagi mengingatkan semua aktor yang terlibat dalam permusuhan berterusan supaya menghormati ketakbolehcabulan pasukan pengaman dan premis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Corak serangan biasa — secara langsung atau tidak — terhadap pasukan pengaman mesti ditamatkan serta-merta,” kata kenyataan itu.

    Tapak dan pemasangan UNIFIL sebelum ini telah diserang, membawa kepada kecederaan, di tengah-tengah konflik berterusan antara tentera Israel dan Hizbullah di Lubnan.

    XINHUA

  • 3 maut dalam kemalangan kilang Hyundai Motor Korea Selatan

    SEOUL — Tiga penyelidik meninggal sesak nafas di sebuah kilang Hyundai Motor Korea Selatan, kata agensi berita Yonhap Selasa.

    Penyelidik terbabit ditemui oleh pekerja lain dalam keadaan terbaring di ruang ujian prestasi kenderaan kilang itu di bandar pelabuhan Ulsan di tenggara negara itu pada kira-kira jam 3:00 petang waktu tempatan (0600 GMT). Mereka dibawa ke hospital tetapi semuanya meninggal dunia.

    Mereka dipercayai sesak nafas ketika bekerja di dalam bilik itu, kira-kira saiz satu kenderaan, untuk menguji prestasi pemanduan.

    Pelepasan ekzos dianggarkan tidak akan dilepaskan ke luar semasa ujian di dalam ruang.

    Polis sedang menyiasat punca sebenar kemalangan itu.

    XINHUA

  • Wanita patah kaki jatuh dari tingkat dua apartmen

    KUALA LUMPUR — Seorang wanita patah kaki selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua sebuah apartmen di Jalan 1/155A, Bukit Jalil di sini, pagi tadi.

    Mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 30-an terselamat selepas terjatuh ke atas bumbung tempat parkir kenderaan di bawah apartmen berkenaan.

    Terdahulu, Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan, memaklumkan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.56 pagi.

    Berikutan itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil terdiri daripada tujuh anggota bersama satu jentera FRT dan ERMS ke lokasi.

    Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Rosmawi Ismail, bomba yang tiba di lokasi mendapati seorang wanita berada di atas bumbung di aras paling bawah bangunan apartmen berkenaan.

    “Difahamkan, mangsa terjatuh dari tingkat dua bangunan dan anggota kita berjaya menurunkan mangsa dengan selamat.

    “Mangsa mengalami kecederaan patah kaki kiri dan diserahkan kepada petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

    BH ONLINE

  • Jasad Nur Arina dijumpai tersangkut pada dahan pokok dalam air

    GERIK — Hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nur Arina Azizan yang dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Stang, Kampung Kerunai di sini, kelmarin, berhasil menemui jasad wanita berusia 20 tahun itu di Sungai Rui, petang tadi.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata mayat Nur Arina ditemui anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kerunai sekitar jam 4 petang, kira-kira tujuh kilometer (km) dari lokasi mangsa mula dihanyutkan.

    Katanya, mayat mangsa dijumpai tersangkut pada dahan pokok dalam air berhampiran tebing sungai sebelum dibawa ke jeti terdekat di Kampung Dusun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, termasuk akan dihantar ke Hospital Gerik.

    Beliau berkata, terdahulu operasi SAR hari ini dipecahkan kepada 13 sektor di sepanjang sungai bermula dari Sungai Air Beruk hingga ke Dataran Loma di Sungai Rui, dengan turut disertai Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM dan agensi bantuan lain bersama bot masing-masing.

    “Pasukan dipecahkan untuk membuat pencarian di semua sektor, manakala dua bot ditugaskan membuat pencarian di sekitar Sungai Perak.

    “Selain itu, anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) juga membuat selaman di sekitar kawasan yang disyaki mangsa berada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Secara keseluruhan, beliau berkata, operasi SAR Nur Arina hari ini membabitkan kekuatan 58 anggota pelbagai agensi, termasuk 25 anggota JBPM, di samping bantuan penduduk setempat, bersama kekuatan logistik membabitkan penggunaan 15 bot dan tujuh kayak.

    Semalam, Sabarodzi dipetik berkata, pihaknya percaya Nur Arina sudah dihanyutkan arus melepasi bahagian muara Sungai Air Beruk sehingga memasuki Sungai Rui.

    Insiden kira-kira jam 2.30 petang kelmarin berlaku ketika Nur Arina bersama empat ahli keluarga bermandi-manda dan melakukan aktiviti dalam air menggunakan pelampung.

    Ibu mangsa, Saripah Ahmad, 48, yang cuba membantu anaknya itu turut dihanyutkan arus, namun berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.

    BH ONLINE

  • KSrelief sediakan tempat perlindungan, pakaian musim sejuk di Lubnan, Somalia

    RIYADH — Agensi bantuan Saudi KSrelief mengedarkan pakaian perlindungan dan musim sejuk kepada orang kehilangan tempat tinggal di Lubnan dan Somalia, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

    Anak-anak yatim dan mereka berkeperluan khas di Akkar Lebanon menerima baucar untuk membeli pakaian musim sejuk dari kedai diluluskan.

    Penerima juga termasuk pelarian Syria dan ahli komuniti tuan rumah yang terdedah.

    Di Somalia, 920 kit perlindungan, 80 khemah dan 1,000 kit pakaian memberi manfaat kepada 6,000 orang yang dipindahkan di beberapa kem di wilayah Banaadir sebagai sebahagian daripada projek yang bertujuan menyediakan 7,600 kit perlindungan dan pakaian serta 215 khemah di kawasan itu.

    Kedua-dua inisiatif adalah sebahagian daripada bantuan kemanusiaan berterusan disediakan KSrelief kepada negara dan orang memerlukan di seluruh dunia.

    AN

  • Banjir melanda ribuan rumah di utara Filipina

    MANILA — Air banjir setinggi lebih empat meter membanjiri ribuan rumah di utara Filipina yang dilanda ribut pada Selasa selepas sungai melimpah berikutan hujan lebat dan pelepasan empangan.

    Taufan Man-yi membasahi kawasan Filipina pada hujung minggu, membengkak sungai Cagayan dan anak sungai, dan memaksa pelepasan air dari Empangan Magat.

    Cagayan pecah tebingnya, menumpahkan air ke atas tanah ladang dan komuniti yang sudah basah, menjejaskan berpuluh-puluh ribu orang.

    Bangunan, tiang lampu dan pokok menyucuk melalui tasik air perang di bandar Tuguegarao di wilayah Cagayan di mana pegawai bencana wilayah Ian Valdepenas berkata air banjir mencecah lebih empat meter (14 kaki) di beberapa tempat.

    “Kami mengalami hujan yang sangat lebat dua hari lalu, tetapi banjir baru mula meningkat apabila Empangan Magat mula mengeluarkan sejumlah besar air,” kata Valdepenas kepada AFP.

    “Tambahan pula, tanah kita sudah tepu kerana taufan berturut-turut melanda kawasan itu.”

    Man-yi adalah ribut besar keenam dalam sebulan yang melanda Filipina, yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya 171 orang terkorban dan beribu-ribu kehilangan tempat tinggal, serta memusnahkan tanaman dan ternakan.

    Kira-kira 20 ribut dan taufan besar melanda negara Asia Tenggara itu atau perairan sekitarnya setiap tahun, membunuh ramai orang, tetapi jarang berlaku beberapa peristiwa cuaca seperti itu berlaku dalam tingkap kecil.

    Bumbung rumah

    Di wilayah kejiranan Isabela, Jun Montereal dari jawatankuasa kesiapsiagaan bencana bandar Ilagan berkata 30,000 orang masih terjejas akibat banjir.

    Tetapi keadaan perlahan-lahan bertambah baik.

    “Banjir kini surut sedikit demi sedikit, ia lebih perlahan kerana tanah sudah tepu tetapi kita sudah melepasi yang paling teruk,” kata Montereal kepada AFP.

    “Kami amat berharap cuaca akan terus cerah supaya air dapat surut. Saya rasa air akan surut sepenuhnya dalam masa tiga hari,” katanya.

    “Saya kini boleh melihat bumbung rumah yang saya tidak dapat melihat sebelum ini kerana banjir.”

    Carlo Ablan, yang membantu menyelia operasi di Empangan Magat, berkata tiga pintu dibuka setakat pagi Selasa untuk mengeluarkan air dari empangan.

    “Sekiranya cuaca masih baik, kami menjangkakan hanya satu pintu dibuka petang ini,” kata Ablan.

    Ablan berkata banjir di bandar Tuguegarao bukan sahaja berpunca daripada air dari Empangan Magat – anak sungai lain di sungai Cagayan juga mungkin dipersalahkan.

    Valdepenas berkata pihak berkuasa di Tuguegarao sedang menunggu air banjir semakin surut sebelum menghantar orang ramai pulang ke rumah mereka.

    “Ini mungkin mula reda dalam tempoh hari ini,” katanya.

    Lebih sejuta orang meninggalkan rumah mereka sebelum Man-yi, yang melanda Filipina sebagai taufan super sebelum semakin lemah ketika ia melanda pergunungan pulau utama Luzon.

    Man-yi membuang hujan lebat, menghancurkan bangunan rapuh, mematikan kuasa dan meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa.

    Perubahan iklim meningkatkan intensiti ribut, membawa kepada hujan yang lebih lebat, banjir kilat dan tiupan yang lebih kuat.

    AN-AFP

You cannot copy content of this page