Parti Baath Syria umum gantung kerja

TEHRAN — Parti Baath Syria mengumumkan ia menggantung kerja bagi tempoh masa yang tidak pasti, beberapa hari selepas kejatuhan kerajaan Presiden Bshar al-Assad dan pengambilalihan negara oleh kumpulan pembangkang bersenjata.

Menurut IRNA, memetik agensi berita Rusia Sputnik, Parti Baath bekas presiden Syria, telah aktif selama lebih 60 tahun di negara Arab itu.

Ia juga mengumumkan bahawa ia telah menyerahkan senjatanya kepada Kementerian Dalam Negeri kerajaan baharu dan peralihan.

Pimpinan pusat parti telah memutuskan untuk “menggantung kerja dan aktiviti parti dalam semua bentuknya… sehingga diberitahu kelak,” kata satu kenyataan disiarkan di laman web akhbar parti itu.

Parti Baath, yang memerintah Syria sejak 1963, mempromosikan kultus personaliti di sekeliling keluarga Assad sejak 1969.

IRNA

You cannot copy content of this page