Lima kelebihan akhlak mulia

1. Timbangan yang berat di akhirat kelak.

Daripada Abu Darda meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang Mukmin pada hari kiamat kelak daripada akhlak yang baik. Dan Allah membenci orang yang melakukan kekejian lagi suka berkata keji dan kotor.” (Riwayat Tirmidzi)

2. Masuk syurga.

Daripada Abu Hurairah RA: “Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga. Maka, Baginda menjawab: Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik. Baginda juga ditanya mengenai sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka. Maka, Baginda menjawab: Mulut dan kemaluan.” (Riwayat Tirmidzi)

3. Menunjukkan kesempurnaan iman.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik orang di antara kalian ialah yang paling baik terhadap isteri-isterinya. (Riwayat Tirmidzi)

4. Menyamai darjat orang selalu berpuasa dan solat malam.

Daripada Aisyah RA berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya orang beriman dengan akhlak baiknya dapat menyamai darjat orang yang selalu berpuasa dan mengerjakan solat malam.” (Riwayat Abu Daud)

5. Jaminan rumah di syurga yang paling tinggi.

Daripada Abu Umamah al-Bahily RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Aku akan menjamin rumah di sekitar syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia benar. Aku juga menjamin rumah di tengah-tengah syurga bagi orang yang meninggalkan pendustaan meskipun dia bergurau senda. Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi orang yang akhlaknya baik.” (Riwayat Abu Daud)

You cannot copy content of this page