4 askar, 7 pengganas terbunuh dalam operasi di barat laut Pakistan

ISLAMABAD, 30 Mei – Empat askar dan tujuh pengganas terbunuh dalam dua operasi berasingan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut Pakistan, kata tentera.

Pasukan keselamatan menjalankan operasi berasaskan perisikan di Waziristan Utara dan daerah Chitral pada Rabu, kata Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR), sayap media tentera Pakistan, dalam satu kenyataan.

Enam pengganas terbunuh dalam berbalas tembak selepas mereka menyerang pos kawalan keselamatan di kawasan Shawal di Waziristan Utara, kata kenyataan itu, sambil menambah empat askar turut terbunuh dalam pertempuran berikutnya.

Seorang lagi pengganas terbunuh semasa operasi pembersihan di daerah Chitral, kata ISPR.

Senjata dan peluru ditemui daripada pengganas, yang dilaporkan terlibat dalam pelbagai aktiviti militan di wilayah itu, kata kenyataan itu.

XINHUA